dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Malaysia 2025 @ Perpustakaan Desa Tambun Tulang

27 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2025, NADI menerima jemputan dari Perpustakaan Desa Tambun Tulang dalam menjayakan program Hari Malaysia 2025 bersama kanak – kanak Tadika Islam Tambun Tulang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, permainan puzzle dan baling bola pingpong. Nyanyian lagu negaraku dan lagu patriotik juga diadakan sambil Jalur Gemilang dikibarkan sebagai simbolik cinta akan tanah air sambil menerepkan semangat Kemerdekaan kepada masyarakat. Pelbagai hadiah disediakan dan program berjalan dengan lancar.

Selain itu, NADI juga mempromosikan inisiatif yang dijalankan di NADI kepada komuniti setempat luar bandar agar kemudahan mengakses internet dapat dicapai dengan baik.

Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..